The FIGHT!

The FIGHT!

Register as WiraSiswi member

Send in your details to register as a member to
wirasiswi@gmail.com

Monday, July 28, 2008

News on WiraSiswi

WiraSiswi singkap kemelut gejala rogol
Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my(HARIAN METRO-11 JUL 2008)

Rap
KES rogol semakin meningkat menjadi gejala sosial mem bimbangkan masyarakat sejak kebelakangan ini. Justeru, tidak hairan isu ini diketengahkan produksi London Filmmakers Studio Sdn Bhd (LFS) menerusi telefilem WiraSiswi.


Penerbitnya, Ike Ong, berkata peningkatan kes rogol sejak beberapa tahun kebelakangan ini mendorong pihaknya menghasilkan telefilem WiraSiswi.

Katanya, jika diikutkan, pihak polis di negara ini mem punyai kepakaran setanding dengan agensi penguat kuasa undang-udang di Barat tetapi berhadapan dengan masalah besar untuk menyelesaikan kes jenayah ini.

“Antara puncanya kerana ramai mangsa rogol yang tidak ingin tampil ke depan. Stigma sosial pada mangsa adalah lebih daripada keadilan. Apa yang menyedihkan, apabila perogol ditangkap, mereka juga sebenarnya adalah perogol bersiri yang sudah lama bebas.

“Masyarakat juga sering membuat tanggapan tidak adil dan fitnah kepada mangsa rogol dengan menganggap mereka sebagai penggoda yang mendorong jenayah itu semakin berleluasa.

“Kes rogol ini perlu ditangani sebaik mungkin agar negara ini selamat untuk kaum wanita dan kanak-kanak daripada menjadi mangsa penjenayah tidak berperikemanusiaan.

“Pada masa sama, penggunaan dadah kepada mangsa rogol bukan saja berlaku di Barat tapi juga di Malaysia.

Justeru, sudah menjadi tanggungjawab sosial kita untuk mewujudkan kesedaran mengenai anasir jahat ini supaya mereka yang tidak berdosa tidak dieksploitasikan,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran WiraSiswi, baru-baru ini.

Sementara itu pengarahnya, CK Wong yang juga penulis skrip berkata, ada pelbagai elemen diselitkan dalam telefilem 90 minit membabitkan aksi, cinta, emosi dan komedi.

“Selain mesej yang mendalam pada masyarakat, WiraSiswi juga memberi informasi kepada penonton dan hiburan.



“Telefilem ini juga menampilkan bakat baru untuk di ketengahkan bagi menyemarakkan persada seni tanah air. Sekalipun masih baru, mereka memberikan kerjasama yang bagus dan prestasi lakonan memberansangkan sebagai pen datang baru.

“Penggambaran dijalankan selama 12 hari membabitkan sekitar Kuala Lumpur, Cyberjaya dan Putrajaya. Jika telefilem ini mendapat sambutan, pihak kami merancang untuk me nerbitkannya dalam bentuk drama bersiri pula tapi semuanya bergantung pada ratingnya nanti,” katanya.

CK Wong bukan nama asing dalam bidang pengarahan drama dan filem kerana sudah terbabit dalam bidang ini selama 14 tahun. Antara karyanya yang terkenal ialah Di hembus Pawana dan Paper House. Selain itu, dia pernah menimba pengalaman dalam penerbitan filem seperti 50 Tahun Selangor dan Jackie Chan's, Who Am I.

WiraSiswi diterajui pelakon muda berbakat besar, Elza Irdalynna yang pernah menang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (watak dalam Lebih Bisa Dari Jelatang) di Anugerah Skrin 2006. Elza memegang watak Lya (Kamalia Adnan). Bagaimanapun, Elza tidak dapat hadir pada sidang media WiraSiswi kerana ada komitmen lain.

Ia dibantu Jeff Omar (Inspektor Rahman), Shazila (Isma Hanum), Jefri Jefrizal (Don/ Dollah Ismail), Ayani (Johan Ismail) dan Estelle Looi (Datuk Sofia).

Pendatang baru dalam bidang lakonan, Jefri Jefrizal, 35, berkata, watak Dollah atau Don yang dibawanya dalam telefilem itu mencabar kemampuannya sebagai pelakon ba ru.

Jefri yang juga abang kepada pelakon Siti Elizad ini berkata, dia menjalani uji bakat sebelum diterima memegang watak itu.

“Dollah adalah watak antagonis yang juga perogol dalam cerita ini. Apa yang mencabar, saya banyak bermain dengan emosi untuk menghidupkan watak ini.

“Dollah menjadi jahat kerana ingin membalas dendam atas kematian adiknya, Abu Bakar yang dibunuh. Walaupun Don perogol, saya cuba tonjolkan sesuatu yang positif dalam dirinya juga,” katanya.

WiraSiswi disiarkan menerusi slot Layaria di Astro Ria pada 18 Julai, jam 10 malam dan siaran ulangan pada 26 Julai, jam 4 petang dan 3 Ogos, 12 tengah malam.(Sila semak jadual ASTRO RIA. PERUBAHAN MASA dan TARIKH MUNGKIN BERLAKU)





Oleh Ramlah Zainal
(3 Jul 2008 )

Estelle, 28, graduan Sarjana Muda Komunikasi Massa dari Universiti Sains Malaysia (USM) ini, pemenang tempat ketiga, Miss Malaysia Universe 2004/2005 "Sebelum ini saya sibuk dengan pertandingan Ratu Cantik, Miss Sugar China White 2008 (Miss Sugar) yang bermula Januari 2007 dan ia berakhir pada Mac lalu.

"Menerusi program seperti itu saya berpeluang berkongsi pengalaman dan ilmu dengan bakat baru di luar sana yang ingin kembangkan kerjaya mereka dalam bidang peragaan. " katanya.

Selain Miss Sugar, Estelle juga menjadi hos program masakan terbitan produksi Nancie Foo dan Wendy Wong untuk saluran TV2 yang juga program ala 'jalan-jalan cari makan'.

Namun, jika ada kelapangan, pelakon yang semakin dikenali menerusi drama bersiri Gerimis Di Hati ini tetap mempertimbangkan tawaran berlakon jika ada skrip yang bagus.

"Saya cari skrip yang bagus dan sesuai dengan karakter saya. Antara pengarah yang saya idamkan untuk bekerja ialah Aziz M Osman kerana karyanya ada karakter. Saya juga teringin untuk buat filem yang ada karakter, personaliti berbeza, seram dan epik," katanya.

Estelle ditemui ketika sidang akhbar telefilem Wirasiswi arahan CK Wong dan terbitan London Filmmakers Studio Sdn Bhd (LFS) di Merchant Square, Tropicana, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Ketika diminta komen mengenai watak pembantu dilakonkannya dalam telefilem Wirasiswi, Estelle berkata, dia terima tawaran telefilem berkenaan kerana tertarik dengan skripnya. "Cerita Wirasiswi memaparkan gejala sosial dalam masyarakat seperti kes rogol dan bunuh yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini. "Sekalipun, watak ditawarkan kepada saya adalah pembantu, ia memang lain daripada yang pernah saya lakonkan sebelum ini. Saya suka watak Datuk Sofia kerana dia wanita yang kuat dan tinggi keyakinan diri. Apa yang mencabar, Datuk Sofia juga berlawan dengan penjenayah dalam cerita itu," katanya.

Selain itu, kata Estelle yang juga pemegang tali pinggang hitam seni mempertahankan diri karate, dia juga mengikuti latihan dianjurkan LFS selama satu setengah bulan bagi mendalami bidang lakonan. "Justeru, apabila pihak mereka (LFS) tawarkan saya berlakon dalam Wirasiswi saya terus menerimanya tanpa berfikir dua kali. Saya juga menimba pengalaman cukup berharga dalam cerita ini. Apa yang menarik, saya berpeluang berlatih dengan mereka yang pakar dalam seni mempertahankan diri dan buat babak pergaduhan dalam cerita ini," katanya.

Sekalipun sudah banyak berlakon drama sebelum ini, Estelle juga tidak kisah untuk diuji bakat sebelum diterima melakonkan sesuatu watak berkenaan. "Saya juga buat uji bakat sebelum diterima berlakon dalam telefilem ini. Buat uji bakat bukan bermaksud ia merendahkan diri seseorang pelakon kerana ramai pelakon yang sudah ada nama pun tidak kisah jika diminta buat uji bakat sebelum diterima berlakon dalam sesuatu drama atau filem," katanya.

1 comment:

gombakfuteball said...

hi, nama saya syaher

hmmmm, knapa cerita ini tak best langsung..tiada kesinambungan diantara plot2 masa...macm drama masa tadika dulu2 jer...kata ada sesi uji bakat
tetapi pelakon2 nya macam kayu...saya rasa kalau letak kayu pun ok lagi....maafla ini pendapat saya...siapalah saya...tapi hakikatnya cerita ini tiada kualiti langsung..saya syorkan jangan lah buat cerita macam nih lagi..membazir duit jer..